Pesanan dari orang-orang tua jangan dilupakan. Ada hikmah, iktibar serta pengajaran dari pesanan orang-orang yang terdahulu yang pernah berjuang mempertahankan negara.
Betutu laut merupakan tempat bermulanya peringkat awal kursus asas komando GGK atau biasanya disebut sebagai "basic komando". Tempat ni banyak nostalgianya bagi hampir kesemua anggota komando, serta keluarga mereka. Blok M pulak tempat tinggal aku kat dalam Kem Sg Udang, lokasinya berada dekat dengan dua sekolah yang menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas dan Sekolah Rendah Agama Kem Gerakhas
Saturday, June 28, 2014
Pesanan Si Pejuang
Pesanan dari orang-orang tua jangan dilupakan. Ada hikmah, iktibar serta pengajaran dari pesanan orang-orang yang terdahulu yang pernah berjuang mempertahankan negara.
MAFIC - Malaysian Armed Forces Intelligence College
Tanggal 25 Jun 2014 tercatat satu peristiwa bersejarah yang akan sentiasa dikenang warga ATM secara amnya dan warga Kor Risik DiRaja secara khususnya. Ini kerana tarikh tersebut merupakan satu titik peralihan bagi Pusat Latihan Risik (PULARIS) yang bernaung di bawah Tentera Darat selama ini telah diserapkan ke dalam Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia secara rasminya pada 25 Jun 2014.
Penyerapan PULARIS ke dalam Kolej Perisikan ATM secara tidak langsung akan menambah baik mutu, kualiti serta kecekapan anggota risik yang menuntut di Kolej Perisikan ATM. Ini kerana transformasi yang dilakukan adalah seiring dengan transformasi yang dilakukan kepada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan bagi menambah nilai kualiti, mutu serta kecekapan terhadap warga risik.
Semoga dengan berlakunya transformasi bersejarah ini, jumlah dan kualiti operator-operator risik tidak kira sama ada MIO, FIO atau JLO dapat dipertingkatkan agar usaha memantau, membanteras serta menangani ancaman dari pihak musuh luar dan dalam dapat ditangani dengan berkesan agar maklumat risikan yang diperoleh disalurkan kepada pasukan tempur utama bagi mematikan langkah mereka-mereka yang berniat merosakkan keamanan negara kita.
Credit photo - FB Page Rejimen Gerak Khas
-hantuperang-