Sunday, January 11, 2015

Beret Hijau, Keunggulan Tentera Darat




Tahniah kepada semua anggota-anggota baru yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK 2/2014


Berdiri Megah,
Gagah Perkasa,
Beret Hijau dijunjung di kepala,
Detik kepedihan,
Kepahitan perwira tiada siapa tahu,

Siapa aku,
Kemegahan bagi dia hanya,
Setelah 3 purnama memerah keringat,
Untuk apa,
Ilmu dicari disetiap sudut,
Gunung, paya dan di hutan rimba,
Di laut, sayup mata memandang,
Berteduh dedaun berselimut lumpur,
Keringatnya akan kerap mengalir menghiba,
Yang memupuk kekuatan moral yang ada,

Hati ini tetap mengerti,
Perwira komando sedia berkorban,
Hancur daging bergalang tulang,
Yang mara, yang rebah,
Disebalik kabus-kabus lembayung senja

Aduh!
Biar ranjau menusuk dada,
Darah merah penyeri luka,
Biar menderita rasa,
Dari kejauhan suara-suara ria,
Ku tinggalkan ibu, anak, isteri dan kekasih tersayang,
Demi engkau yang kucari, kuhormati,
Ku tinggalkan segalanya

Oh tuhan,
Ampunlah dosa derhakaku,
Kian lama alpa dalam sedia,
3 purnama sekian lama,
Hanya engkau tahu siapa aku,

Kini,
Harmoni menjelang tiba,
Beret Hijau idaman satria,
Lambang keagungan,
Lambang keperwiraan,
Satu lambang mutu keberanian yang amat tinggi nilainya,
Tetap unggul,
Diiktiraf dunia seluruh benua,

Setiap wira,
Yang memakai beret ini,
Harus ingat,
Harus ingat!!!!!!!!!
Pertahankan martabatnya,
Hingga titisan darahmu yang terakhir,
Titisan darahmu yang terakhir!!!!!!
Bawalah,
Bawalah bersamamu Beret Hijau.

Sunday, January 4, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di tahun 2015, tahun yang kita semua harapkan akan memberi sinar baru dalam kehidupan kita semua. Tahun yang akan memberikan kekuatan kepada kita semua setelah pelbagai tragedi, pelbagai musibah yang berlaku kepada negara kita Malaysia. Macam-macam kisah yang berlaku sepanjang 2014 daripada awal tahun sehinggalah ke hujung tahun 2014. Tak pernah lari sikit pun daripada insiden-insiden mengejutkan yang masih menjadi tanda tanya kepada kita semua malah menjadi satu misteri yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana pakar yang ada di dalam dunia ini. Apapun yang berlaku, diharap kita rakyat Malaysia dapat terus tabah, dapat bersabar dan juga mengembalikan keyakinan kita semua untuk bergerak maju ke hadapan.

Di tahun baru ini, saya juga ingin memohon maaf di atas kehilangan saya lama sehingga menyebabkan blog ini tidak dikemas kini berbulan lamanya. Harapan saya pada tahun ini dengan masa yang agak terhad ini saya dapat menulis apa jua topik supaya dapat berkongsi dengan semua pembaca. 

Salam perjuangan dari hantuperang

*hantuperang*