Sunday, January 4, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di tahun 2015, tahun yang kita semua harapkan akan memberi sinar baru dalam kehidupan kita semua. Tahun yang akan memberikan kekuatan kepada kita semua setelah pelbagai tragedi, pelbagai musibah yang berlaku kepada negara kita Malaysia. Macam-macam kisah yang berlaku sepanjang 2014 daripada awal tahun sehinggalah ke hujung tahun 2014. Tak pernah lari sikit pun daripada insiden-insiden mengejutkan yang masih menjadi tanda tanya kepada kita semua malah menjadi satu misteri yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana pakar yang ada di dalam dunia ini. Apapun yang berlaku, diharap kita rakyat Malaysia dapat terus tabah, dapat bersabar dan juga mengembalikan keyakinan kita semua untuk bergerak maju ke hadapan.

Di tahun baru ini, saya juga ingin memohon maaf di atas kehilangan saya lama sehingga menyebabkan blog ini tidak dikemas kini berbulan lamanya. Harapan saya pada tahun ini dengan masa yang agak terhad ini saya dapat menulis apa jua topik supaya dapat berkongsi dengan semua pembaca. 

Salam perjuangan dari hantuperang

*hantuperang*




No comments:

Post a Comment