Sunday, February 8, 2015

Persoalan: Confirmed kill atau unconfirmed kill, adakah seperti yang kita bayangkan?

Kebelakangan ini kita kerap mendengar istilah confirmed kill atau pun istilah unconfirmed kill. Apatah lagi istilah ini kerap digunakan untuk menunjukkan kehebatan seorang sniper dengan jumlah confirmed kill yang banyak. Malah baru-baru ini sebuah filem hollywood arahan Clint Easwood telah dilancarkan di seluruh dunia bertajuk American Sniper yang mengkisahkan perjalanan hidup seorang lagenda moden sniper Amerika, Chris Kyle. Kisah hidup Chris Kyle yang merupakan seorang sniper US Navy Seals diangkat kerana jumlah confirmed kill yang sangat banyak dilakukan oleh mendiang Chris Kyle. Dengan jumlah 160 confirmed kill yang pada asalnya dicanang sebanyak 255 killed merupakan jumlah yang banyak serta mengatasi mana-mana rekod sniper di era moden ini. Walau bagaimanapun bukanlah rekod confirmed kill itu yang akan diceritakan untuk artikel kali ini tetapi mengenai mitos confirmed kill dan unconfirmed kill.

Adakah betul wujud istilah confirmed kill dan unconfirmed kill didalam dunia sebenar ketenteraan? Adakah ianya direkodkan, disemak kesahihannya atau wujudkah laporan rasmi yang dikeluarkan bagi mengesahkan sesuatu confirmed kill atau confirmed kill itu. Atau sebenarnya istilah ini telah diperbesar-besarkan oleh Hollywood sebagai propaganda untuk menunjukkan bahawa Amerika mempunyai anggota tentera yang hebat, terlatih serta berani di medan perang. Berikut merupakan pendapat daripada Jon Davis yang merupakan jurulatih senjata bagi Kor Marin US

"I don't believe there is an actual formalized process for "confirming kills" in the military. I never really heard the term while I was in the military, but heard it much more once I got out."   - Jon Davis

Beliau berpendapat dan percaya tidak ada satu proses atau mungkin satu laporan rasmi yang boleh mengesahkan confirmed kill itu didalam organisasi ketenteraan. Malah beliau hanya mendengar istilah seperti itu setelah bersara daripada Kor Marin US. Walau bagaimanapun, sistem dan konsep sniper moden yang diamalkan oleh kebanyakan tentera di seluruh dunia pada masa ini membolehkan sesuatu confirmed kill itu dapat disahkan berbanding dengan era sniper seperti di zaman Perang Vietnam, Perang Dunia ke-2 yang mana pada waktu itu sniper dilatih untuk bertindak bersendirian, menyusup masuk ke kawasan musuh serta menembak mati sasaran penting yang telah ditugaskan kepada setiap sniper. Disebabkan sniper pada zaman itu bergerak bersendirian, kesahihan berkenaan pencapaian tempur itu boleh dipertikaikan berbanding sniper era moden yang mana sniper akan bergerak dalam kumpulan berdua atau lebih.

Jika dulu sniper bergerak bersendirian, tetapi dalam konsep moden sniper akan bergerak secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua orang dan kedua-duanya mempunyai keupayaan yang sama didalam kepakaran sniper. Akan tetapi hanya salah seorang akan menjadi penembak manakala seorang lagi akan menjadi spotter bagi membantu penembak dapat melakukan tembakan dengan tepat. Disebabkan hadirnya spotter itu secara tidak langsung dapat mengesahkan sebarang confirmed kill yang dilakukan oleh sniper kerana spotter itu juga akan menjadi saksi tidak rasmi bagi sebarang confirmed kill yang dilakukan. Don Gomez Jr yang merupakan  blogger ketenteraan carryingthegun.com, pula memberikan pendapat

As far as I understand, there is no way of keeping track of individual kills. Individual soldiers may ‘confirm’ to themselves that they are responsible for a kill – but there is no official way of tracking that, no process. I wouldn’t be surprised if there are some award citations out there where you might find the term ‘confirmed kill,’ but that is a reflection on how pervasive the term has become, not an indication of an official policy or process.

Hollywood and the media have latched onto the idea of the “confirmed kill” and use it  as a way of displaying the individual skill and prowess of a soldier – usually a sniper. Journalists have no problem throwing the term around without checking to see what the term means or how a confirm kill is actually confirmed, often taking military folk at their word.  - Don Gomez Jr



Seperti mana yang telah diberitahu oleh pihak ketenteraan Amerika kepada pihak media, confirmed kill itu dianggap berlaku apabila sniper membuat self report setelah pertempuran dilakukan dan didalam laporan itu terdapatnya individu kedua yang menjadi saksi kepada confirmed kill itu baik dari spotter itu sendiri, mungkin juga dari anggota tentera yang lain atau pun juga disaksikan oleh orang awam yang berada di kawasan dan menyaksikan kejadian itu. Istilah confirmed kill itu hanyalah merupakan istilah yang tidak rasmi dan tiada sebarang pengesahan dibuat terhadap sebarang laporan yang diberikan oleh sniper terbabit.

Walaupun didalam laporan tersebut mengatakan terdapatnya ada pihak kedua yang menyaksikan confirmed kill tersebut akan tetapi tidak kesemuanya boleh dikatakan satu laporan yang boleh dipercayai. Apatah lagi identiti pihak kedua tidak dikenalpasti dan tidak ada mana-mana pihak dalam tentera yang memeriksa kesahihan dan ketepatan laporan tersebut. Perkara seperti inilah yang boleh menimbulkan keraguan terhadap ketepatan cerita, kesahihan cerita dan laporan yang diberikan oleh seseorang sniper tersebut. Memang ada sesetengah laporan yang diperiksa oleh komander pasukan bagi memeriksa jumlah musuh yang ditumbangkan oleh sniper mereka didalam pertempuran tetapi ianya hanyalah bersifat personal survey dan bukanlah untuk dilakukan siasatan kesahihan bagi peringkat tentera.

Maka setelah beberapa penjelasan dan beberapa pendapat daripada pihak tentera Amerika itu sendiri kita boleh simpulkan bahawa confirmed kill yang selama ini digembar gemurkan mungkin sebenarnya tidaklah setepat mana walaupun mungkin ada antaranya mungkin confirmed kill yang sahih akan tetapi terdapat juga confirmed kill yang kita boleh pertikaikan kesahihannya. Disebabkan tiada rekod rasmi bagi mengesahkan sama ada confirmed kill itu betul-betul terjadi, kita semua boleh memberi tanggapan sendiri terhadap rekod itu. Ianya mungkin rekod yang bersih sahih ataupun rekod confirmed kill yang terdapat banyak kecacatan didalam laporan yang diberikan dan ditutup sebelah mata oleh pihak atasan dengan alasan-alasan tertentu yang hanya mereka saja tahu.

Sebagai penutup artikel ini, saya sertakan pendapat Jon Davis;

It seems like something that was sensationalized for purposes of selling books and movie tickets. 


www.military1.com/army/article/564607-truths-and-myths-about-sniper-kills
www.quora.com/What-exactly-is-a-confirmed-kill-and-an-unconfirmed-kill-How-are-sniper-kills-confirmed
http://carryingthegun.com/2013/05/13/army-myths-confirmed-kills/

No comments:

Post a Comment